Thursday 30 April 2009

Apakah Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh digunakan oleh guru dalam P&P dalam bilik darjah. Kajian tindakan merupakan satu aktiviti sistematik yang dilakukan dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pengajaran seseorang guru. Proses kajian ini mementingkan proses tindakan dan refleksi. Maka aktiviti kajian tindakan adalah suatu proses yang aktif yang melibatkan perancangan, pelkaksanaan, pemerhation serta renungan terhadap tindakan dan kesannya ke atas pelajar.

Daripada ini dapatlah dirumuskan bahawa kajian tindakan merupakan satu keperluan guru untuk memahami suatu situasi persekitaran yang sebenar dalam P&P dengan tujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan guru. Perubahan dan penambahbaikan amalan guru adalah penting kerana ia merupakan salah satu kunci kepada kejayaan dalam meningkatkan lagi kualiti P&P peribadi khasnya dan mutu pendidikan di sekolah amnya.

Dalam perkembanganya, kaedah penyelidikan secara kajian tindakan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kajian tindakan ini dipelopori oleh Kurt Lewin (1945), iaitu seorang ahli psikologi sosial. Idea ini seterusnya digunakan oleh Stpehen Corey di Teacher’s College, Columbia University, New York pada tahun 1956. Beliau menggunakan kajian tindakan ini sebagai salah satu pendekatan dalam penyelidikan dalam pendidikan di sekolah-sekolah. Seterusnya pada tahun 1976, John Elliot dan rakan-rakan di United Kingdom tealh menggunakan cara ini untuk membantu guru-guru menggabungkan proses inkuiri dalam P&P di bilik darjah.


LANGKAH-LANGKAH KAJIAN TINDAKAN IALAH:

Ia terbentuk sebagai sebuah kitaran atau gelungan yang terdiri daripada beberapa langkah dan melalui beberapa kitaran. Ianya dapat dilihat seperti berikut:

Kitaran 1 : Reflect -> Plan -> Action -> Observe -> Reflect

Kitaran 2 : Plan -> Action -> Observe -> Reflect

Kitaran-kitaran ini sentiasa bergerak dan membentuk gelungan-gelungan atau beberapa kitaran dalam mencapai kajian tindakan.

Wednesday 29 April 2009

Struktur Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

MATLAMAT DAN RINGKASAN KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini meliputi definisi, kepentingan, tatacara dan pelbagai kaedah penyelidikan yang boleh digunakan dalam menjalankan kajian tindakan; analisis dan interpretasi data; kupasan dapatan kajian dan laporan kajian serta penyediaan kertas cadangan dan pelaksanaan kajian tindakan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menguasai pengetahuan dan kefahaman lanjutan atau tambahan daripada tahap sarjana muda dan membangun atau mengguna idea lazimnya dalam konteks penyelidikan.
2. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan bidang pengajian dalam situasi baru dan konteks multidisiplin.
3. Mengurus maklumat, menjana ilmu dan berinovasi.
4. Menilai dan membuat keputusan secara saintifik berdasarkan maklumat dan secara bertanggungjawab dari segi sosial dan etika.
5. Menyebarkan ilmu kepada ahli bidang dan masyarakat umum secara rasional dan bermakna.
6. Mengamalkan kemahiran belajar untuk pembelajaran sepanjang hayat.
7. Memimpin dan bekerja dalam satu pasukan.

TAJUK

1. Pengenalan Kursus.
Pengenalan Kajian Tindakan
2. Reka Bentuk Kajian Tindakan
3. Teori Perubahan
4. Kajian Kepustakaan / Tinjauan Literatur
5. Proposal kajian Tindakan
6. Pembentukan
* Penyataan Masalah;
* Tujuan/objektif/Persoalan Kajian
7. Prosedur Kajian Tindakan
8. Pengumpulan Data
9. Analisis Data
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...