Tuesday 26 May 2009

Tugasan 2 : Ulasan Perbandingan 3 Jurnal

Ulasan 3 jurnal Kajian Tindakan

Aktiviti Kuliah 6

Ulasan 1 Tajuk Kajian Tindakan Dari Seminar Serantau
Tajuk: Perbandingan Kesan Dua Kaedah Pengajaran Bahasa Arab antara Kaedah Nahu Terjemahan dengan Kaedah al-Sam'iyah al-Syafawiyah di Ma'ahad Hamidiyah Kajang.
Pembentang: Dr Maimon Aqsha Lubis (UKM)
Tempat: Sri Menanti
Tarikh: 21 Mei 2009
Masa: 8.30pg-8.50pg

1. Kenapa?
-Untuk melihat kaedah terbaik untuk pengajaran Bahasa Arab bagi pelajar di sekolah iaitu antara kaedah al-Sam'iyah Syafawiyah dan kaedah Nahu.

2. Apa?
-Kajian tentang dua kaedah ini untuk melihat perbandingan kesan daripada kaedah yang digunakan. Kedua-dua kaedah ini ada pro dan kontra iaitu:
*Nahu terjemahan : Pandai baca, mahir nahu tetapi tidak mahir cakap.
*al-Sam'iyah syafawiyah : Pandai cakap.

3. Bagaimana?
-Kajian dilakukan dengan cara melakukan kajian di Maahad Hamidiah kajang keatas 158 orang pelajar tingkatan empat.
-Kenalpasti ciri-ciri dan langkah-langkah nahu dan al-sam'iyah syafawiyah.
-Perbandingan kesan dilihat dari sudut kekuatan dan kelemahan kedua-dua kaedah ini.

4. Prosedur?
-Prosedur kajian yang dilakukan melalui kaji selidik dan pemerhatian.

diulas oleh:
Mohd Fa'izi bin Basar
Anis Firdaus bin Abdul Majid

Monday 25 May 2009

TUGASAN 1 : ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN

TAJUK : “THE ART OF ACTION RESEARCH IN THE CLASSROOM”
PENULIS : Christine Macintyre
TAHUN : 2000
TEMPAT TERBITAN : London
PENERBIT : David Fulton Publishers


ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN

Friday 15 May 2009

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Kajian Kepustakaan
  • Sorotan ke atas bahan-bahan literature seperti buku jurnal, artikel seminar dan laporan dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan.

Tujuan Kajian Kepustakaan

Tujuan kajian kepustakaan dilakukan adalah:

  1. Mencari informasi atau maklumat yang relevan dan bersesuaian dengan permasalahan yang diteliti
  2. Mendapatkan maklumat tentang mana-mana aspek dari suatu masalah yang pernah diteliti untuk menghindari peneliti agar tidak melakukan kesilapan sama berulang kali yang mungkin telah dilakukan oleh peneliti lepas (Kasihani Kasbalah dan Bintarto, 1992)
  3. Menemukan suatu masalah untuk diteliti. Dimana kemungkinan terdapat sebarang permasalahan yang masih belum terjawab atau masih belum ada penelitian yang mendalam oleh peneliti sebelumnya.
  4. Membuat huraian empirik dan teoritik yang berkaitan dengan faktor, parameter, indikator atau variable tentang pemerhatian yang mungkin timbul daripada masalah-masalah yang ingin diteliti.
  5. Mengkaji beberapa teori dasar yang relevan dan berkaitan dengan masalah yang akan diteliti.

Contoh Sumber Kepustakaan:

  1. Tesis, artikel, catatan yang merupakan karya penulisan yang berkaitan dengan suatu penelitian atau penemuan baru.
  2. Majalah, jurnal, suratkhabar yang memuatkan maklumat yang berkaitan dan relevan dengan penelitian.

Membanding dan Membezakan

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti sifat, ciri, kualiti, dan unsur sesuatu objek atau peristiwa

Kemahiran ini digunakan apabila :

  1. Terdapat dua atau lebih ciri/kemungkinan
  2. Membuat pilihan atau keputusan

Langkah Penggunaan:

  1. Perhatikan atau berikan tumpuan kepada satu atau beberapa cirri kajian tindakan (sampel, seting, prosedur, pengumpulan dan penganalisaan data)
  2. Kenal pasti cirri kajian tindakan itu.
  3. Tentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama
  4. Nyatakan ciri itu sama atau berbeza

Menganalisis

  • Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat
  • Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat
  • Menganalisis ialah sesuatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir

Menilai

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi :

  1. Memilih sesuatu
  2. Menerima atau menolak sesuatu idea

Membuat Kesimpulan

  • Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
  • Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan merangkumi sesuatu, meramal atau menyokong pernyataan dan lain-lain.

Mensintesis

Menggabungkan idea, unsure, item, dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

AKTIVITI KUMPULAN

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.

Sebab menentang perubahan:

1) Perubahan yang tidak pasti- Ini kerana ketidakpastian terhadap perubahan yang akan berlaku sama ada ke arah kebaikan atau keburukan.
2) Perubahan yang drastik- Seseorang tidak dapat menerima jika berlaku perubahan yang drastik kerana ia telah mengubah cara kehidupan secara mendadak.
3) Perubahan yang mengancam keselamatan- Masyarakat akan menentang jika berlaku perubahan yang akan memberikan impak terhadap kehidupan mereka.
4) Perubahan yang kompleks- Menyebabkan seseorang akan keliru untuk membuat pilihan yang tepat.
5) Tahap pemikiran yang berbeza- Penentangan akan berlaku jika berlaku perubahan yang tidak dipersetujui umum kerana terdapat pelbagai pemahaman dan pemikiran yang berbeza antara satu sama lain.
6) Faktor budaya- Penentangan akan berlaku terhadap sesuatu perubahan yang bercanggah dengan amalan kebudayaan setempat menyebabkan mereka tidak puas hati terhadap suatu perubahan tersebut masyarakat asli yang sukar untuk menerima perubahan moden kini dan mereka ini masih kuat memegang kuat amalan kebudayaan mereka dalam kehidupan.
7) Berkepentingan - Penentangan akan wujud jika sesuatu perubahan yang berlaku adalah mempunyai kepentingan tersendiri pada pihak tertentu.
8) Perubahan yang tidak bermanfaat- Suatu perubahan yang berlaku tidak mendatangkan manfaat kepada semua peringkat masyarakat malahan pembaziran yang lebih ketara menyebabkan ramai yang menentang dengan perubahan tersebut

Cara Penyelesaian:

1. Hendaklah memastikan bahawa setiap perubahan dilakukan adalah mempunyai kesan yang positif kepada semua.
2. Melakukan penyelidikan sebelum melakukan perubahan terhadap sesuatu perkara dengan merancang, mengumpul data atau maklumat, membuat kajian, refleksi dan sebagainya agar perubahan tersebut diterima.
3. Penyelidikan hendaklah dilakukan meliputi pelbagai aspek persekitaran, budaya, ekonomi, politik dan sebagainya.
4. Jika perubahan yang terlalu kompleks hendaklah dipecahkan kepada unit-unit yang kecil agar senang untuk mencapai objektifnya.
5. Kita hendak melihat perubahan yang berlaku adalah positif dan berusaha untuk menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang berlaku.

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Konsep perubahan dalam pendidikan

  • Menurut Oliver (1996) dalam Buku Management Of Educational Change menyatakan bahawa perubahan didapati lebih mengambarkan cirri-ciri pendidikan berbanding kestabilan.
  • Perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian.
  • Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

Jenis Perubahan

  1. Perubahan ke arah Peningkatan.
  2. Perubahan Strategik Organisasi.
  3. Perubahan Reaktif.
  4. Perubahan Akibat daripada Jangkaan.

Perubahan Adalah Kompleks

Perubahan dikaitkan dengan :

  • Evolusi : Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang dan menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.
  • Revolusi : Perubahan yang pantas yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

Perubahan itu Multidimensi

Terdapat 6 jenis dimensi yang perlu difahami iaitu:

1. Tujuan Perubahan- Perubahan yang dirancang untuk capai tujuan-tujuan tertentu- Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem.

2. Unit Perubahan- Merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang- Terdiri daripada individu, kumpulan/pasukan, jabatan, organisasi, sistem organisasi dan komuniti.

3. Sifat Perubahan- Daft (1998) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit kecil yang lebih besar ( peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil ( peringkat individu)- Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkahlaku atau kedua-duanya sekali.

4. Magnitud Perubahan- Merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan dilaksanakan.

5. Skop Perubahan- Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrument penilaian.

6. Jangkamasa Perubahan- Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang member kesan berkekalan merupakan perubahan yang Berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang member kesan sementara.

Model-Model Perubahan

Terdapat empat jenis model perubahan iaitu:

  1. Model Penggabungan Roger
  2. Model Kanter
  3. Model Rand
  4. Model Acot

Monday 4 May 2009

Aktiviti 2

Masalah : Antara kelemahan yang ketara dalam subjek kaedah mengajar pada semester lalu yang dapat dilihat adalah tidak pandai menyesuaikan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) serta tidak mengaplikasikan teori Psikologi Pendidikan dalam kaedah mengajar.

Penambahbaikan :
  • Merancang lebih awal langkah-langkah dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)serta bilakah masa yang sesuai akan digunakan Bahan Bantu Mengajar
  • Guru harus lebih kreatif supaya Bahan Bantu Mengajar lebih berkesan
  • Memahami konsep sesuatu teori dengan lebih mendalam dan menyesuaikan penggunaannya di dalam bilik darjah

Pelan Tindakan

Matlamat : Matlamat umum adalah untuk menjadikan BBm lebih berkesan serta dapat dapat menyesuaikan penggunaannya ketika proses P&P. Selain itu adalah untuk memastikan agar penggunaan teori pembelajaran dapat dilaksanakan.

Objektif :

  • Pelajar mudah memahami kandungan pembelajaran
  • Dapat mengaplikasikan teori psikologi dalam bilik darjah

Langkah-Langkah :

  • Menyediakan RPH dengan lebih tersusun dan terancang lebih awal
  • Mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang bahan bantu mengajar yang disediakan
  • Memantau dari masa ke masa perubahan tingkah laku pelajar sebelum, semasa, dan selepas sesuatu teori dijalankan

Aktiviti 1

Dari Program BIG II yang telah diikiuti, saya dapati terdapat kelemahan diri yang perlu diperbaiki dalam diri.

Masalah : Kurang pengalaman dalam pengurusan kepimpinan dan kurang keyakinan diri.

Penambahbaikan :

  • Berusaha untuk menambah pengalaman dalam pengurusan kepimpinan dan melihat kepada cara pengurusan yang cemerlang.
  • Meningkatkan keyakinan diri dari masa ke semasa dan menonjolkan diri dalam sesuatu aktiviti.
  • Tegas dan efektif dalam pengurusan kumpulan dan sentiasa berusaha membentuk kumpulan yang terbaik untuk bersaing dengan kumpulan lain.

Pelan Tindakan

Matlamat : Mengenalpasti masalah dan kelemahan yang ada dalam diri serta menerapkan sifat jatidiri sebagai seorang guru di dalam diri.

Matlamat :

  • Dapat melaksanakan tugas dengan baik dalam sesuatu organisasi.
  • Dapat memimpin diri sendiri menjadi seorang yang berdisiplin dan menepati masa.
  • Meningkatkan keyakinan di dalam diri
  • Mengatasi masalah dengan berkesan dan memperbaiki kelemahan diri.

Langkah-langkah:

  • Merancang setiap aktiviti serta tugasan yang diterima dan menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam jangkamasa yang diberikan.
  • Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang tanggungjawab yang dimiliki dan menjadikan sesuatu tugasan sebagai amanah yang harus dilaksanakan.
  • Memupuk sikap percayakan diri dan orang lain serta sentiasa berfikiran positif.
  • Melakukan refleksi kendiri serta melalui pendapat dan pandangan orang lain. Mengubah dan memperbaiki setiap kekurangan yang dikenalpasti.

Pengambilan data: Komen dari fasilitate melalui refleksi dan pandangan rakan-rakan.

Memantau pelaksanaan perancangan:

  • Refleksi
  • Bertanya pendapat rakan-rakan tentang perubahan diri

Menilai pencapaian sama ada menepati objektif atau tidak:

  • Mengenalpasti perubahan dalam diri dan hasilnya serta sikap menepati masa.
  • Meneliti kekemasan kerja dalam kepimpinan serta pelaksanaan tugas sama ada teratur dan berkesan.
  • Menilai hasil sesuatu tugasan.

Sunday 3 May 2009

Contoh Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Contohnya guru membuat kajian mengenai " Masalah Disiplin Pelajar Di Sekolah”. Guru merancang terlebih dahulu dengan masalah-masalah disiplin yang kerap dilakukan oleh pelajar dan menyenaraikan peraturan-peraturan sekolah yang perlu dilaksanakan. Kemudian guru perlu bertindak dengan melaksanakan semua peraturan kepada pelajar dan guru membuat pemerhatian daripada apa yang telah dikaji itu iaitu bagaimana tindakbalas yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut. Setelah selesai hasil daripada pemerhatian yang dibuat daripada analisis dan data yang diperolehi, guru membuat refleksi hasil daripada dapatan yang telah dibuat untuk mengetahui keberkesanannya. Sekiranya tidak dapat memberi refleksi yang baik, bentuk kajian diulang-ulang sehingga dapat menghasilkan kesan kajian yang mantap dan berkesan.

Jenis-jenis Kajian Tindakan

Kajian tindakan ini dapatlah di bahagikan kepada 4 jenis iaitu :

1. Kajian guru secara individu
Kajian tindakan jenis ini hanya menumpukan kepada isu-isu di dalam kelas sahaja. Ini termasuk susun atur kelas, penglibatan pelajar di dalam kelas dan penggunaan alat bantu mengajar.

2. Kajian secara kolaboratif
Kajian jenis ini pulan memfokuskan kepada isu-isu dalam beberapa kelas yang menghadapi masalah dan situasi yang sama.

3. Kajian dalam sekolah
Kajian jenis ini agak luas sedikit kerana merangkumi isu-isu luar bilik darjah iaitu melibatkan isu-isu yang berlaku di sekolah.

4. Kajian dalam daerah
Kajian ini melibatkan isu-isu seperti pencapaian akademik sekolah dan pengurusan organisasi beberapa buah sekolah yang berada dalam satu daerah. Kajian ini lebih kompleks berbanding ketiga-tiga kajian di atas.

Thursday 30 April 2009

Apakah Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh digunakan oleh guru dalam P&P dalam bilik darjah. Kajian tindakan merupakan satu aktiviti sistematik yang dilakukan dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pengajaran seseorang guru. Proses kajian ini mementingkan proses tindakan dan refleksi. Maka aktiviti kajian tindakan adalah suatu proses yang aktif yang melibatkan perancangan, pelkaksanaan, pemerhation serta renungan terhadap tindakan dan kesannya ke atas pelajar.

Daripada ini dapatlah dirumuskan bahawa kajian tindakan merupakan satu keperluan guru untuk memahami suatu situasi persekitaran yang sebenar dalam P&P dengan tujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan guru. Perubahan dan penambahbaikan amalan guru adalah penting kerana ia merupakan salah satu kunci kepada kejayaan dalam meningkatkan lagi kualiti P&P peribadi khasnya dan mutu pendidikan di sekolah amnya.

Dalam perkembanganya, kaedah penyelidikan secara kajian tindakan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kajian tindakan ini dipelopori oleh Kurt Lewin (1945), iaitu seorang ahli psikologi sosial. Idea ini seterusnya digunakan oleh Stpehen Corey di Teacher’s College, Columbia University, New York pada tahun 1956. Beliau menggunakan kajian tindakan ini sebagai salah satu pendekatan dalam penyelidikan dalam pendidikan di sekolah-sekolah. Seterusnya pada tahun 1976, John Elliot dan rakan-rakan di United Kingdom tealh menggunakan cara ini untuk membantu guru-guru menggabungkan proses inkuiri dalam P&P di bilik darjah.


LANGKAH-LANGKAH KAJIAN TINDAKAN IALAH:

Ia terbentuk sebagai sebuah kitaran atau gelungan yang terdiri daripada beberapa langkah dan melalui beberapa kitaran. Ianya dapat dilihat seperti berikut:

Kitaran 1 : Reflect -> Plan -> Action -> Observe -> Reflect

Kitaran 2 : Plan -> Action -> Observe -> Reflect

Kitaran-kitaran ini sentiasa bergerak dan membentuk gelungan-gelungan atau beberapa kitaran dalam mencapai kajian tindakan.

Wednesday 29 April 2009

Struktur Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

MATLAMAT DAN RINGKASAN KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini meliputi definisi, kepentingan, tatacara dan pelbagai kaedah penyelidikan yang boleh digunakan dalam menjalankan kajian tindakan; analisis dan interpretasi data; kupasan dapatan kajian dan laporan kajian serta penyediaan kertas cadangan dan pelaksanaan kajian tindakan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menguasai pengetahuan dan kefahaman lanjutan atau tambahan daripada tahap sarjana muda dan membangun atau mengguna idea lazimnya dalam konteks penyelidikan.
2. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan bidang pengajian dalam situasi baru dan konteks multidisiplin.
3. Mengurus maklumat, menjana ilmu dan berinovasi.
4. Menilai dan membuat keputusan secara saintifik berdasarkan maklumat dan secara bertanggungjawab dari segi sosial dan etika.
5. Menyebarkan ilmu kepada ahli bidang dan masyarakat umum secara rasional dan bermakna.
6. Mengamalkan kemahiran belajar untuk pembelajaran sepanjang hayat.
7. Memimpin dan bekerja dalam satu pasukan.

TAJUK

1. Pengenalan Kursus.
Pengenalan Kajian Tindakan
2. Reka Bentuk Kajian Tindakan
3. Teori Perubahan
4. Kajian Kepustakaan / Tinjauan Literatur
5. Proposal kajian Tindakan
6. Pembentukan
* Penyataan Masalah;
* Tujuan/objektif/Persoalan Kajian
7. Prosedur Kajian Tindakan
8. Pengumpulan Data
9. Analisis Data
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...