Friday, 15 May 2009

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Konsep perubahan dalam pendidikan

  • Menurut Oliver (1996) dalam Buku Management Of Educational Change menyatakan bahawa perubahan didapati lebih mengambarkan cirri-ciri pendidikan berbanding kestabilan.
  • Perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian.
  • Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

Jenis Perubahan

  1. Perubahan ke arah Peningkatan.
  2. Perubahan Strategik Organisasi.
  3. Perubahan Reaktif.
  4. Perubahan Akibat daripada Jangkaan.

Perubahan Adalah Kompleks

Perubahan dikaitkan dengan :

  • Evolusi : Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang dan menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.
  • Revolusi : Perubahan yang pantas yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

Perubahan itu Multidimensi

Terdapat 6 jenis dimensi yang perlu difahami iaitu:

1. Tujuan Perubahan- Perubahan yang dirancang untuk capai tujuan-tujuan tertentu- Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem.

2. Unit Perubahan- Merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang- Terdiri daripada individu, kumpulan/pasukan, jabatan, organisasi, sistem organisasi dan komuniti.

3. Sifat Perubahan- Daft (1998) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit kecil yang lebih besar ( peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil ( peringkat individu)- Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkahlaku atau kedua-duanya sekali.

4. Magnitud Perubahan- Merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan dilaksanakan.

5. Skop Perubahan- Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrument penilaian.

6. Jangkamasa Perubahan- Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang member kesan berkekalan merupakan perubahan yang Berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang member kesan sementara.

Model-Model Perubahan

Terdapat empat jenis model perubahan iaitu:

  1. Model Penggabungan Roger
  2. Model Kanter
  3. Model Rand
  4. Model Acot

Monday, 4 May 2009

Aktiviti 2

Masalah : Antara kelemahan yang ketara dalam subjek kaedah mengajar pada semester lalu yang dapat dilihat adalah tidak pandai menyesuaikan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) serta tidak mengaplikasikan teori Psikologi Pendidikan dalam kaedah mengajar.

Penambahbaikan :
  • Merancang lebih awal langkah-langkah dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)serta bilakah masa yang sesuai akan digunakan Bahan Bantu Mengajar
  • Guru harus lebih kreatif supaya Bahan Bantu Mengajar lebih berkesan
  • Memahami konsep sesuatu teori dengan lebih mendalam dan menyesuaikan penggunaannya di dalam bilik darjah

Pelan Tindakan

Matlamat : Matlamat umum adalah untuk menjadikan BBm lebih berkesan serta dapat dapat menyesuaikan penggunaannya ketika proses P&P. Selain itu adalah untuk memastikan agar penggunaan teori pembelajaran dapat dilaksanakan.

Objektif :

  • Pelajar mudah memahami kandungan pembelajaran
  • Dapat mengaplikasikan teori psikologi dalam bilik darjah

Langkah-Langkah :

  • Menyediakan RPH dengan lebih tersusun dan terancang lebih awal
  • Mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang bahan bantu mengajar yang disediakan
  • Memantau dari masa ke masa perubahan tingkah laku pelajar sebelum, semasa, dan selepas sesuatu teori dijalankan

Aktiviti 1

Dari Program BIG II yang telah diikiuti, saya dapati terdapat kelemahan diri yang perlu diperbaiki dalam diri.

Masalah : Kurang pengalaman dalam pengurusan kepimpinan dan kurang keyakinan diri.

Penambahbaikan :

  • Berusaha untuk menambah pengalaman dalam pengurusan kepimpinan dan melihat kepada cara pengurusan yang cemerlang.
  • Meningkatkan keyakinan diri dari masa ke semasa dan menonjolkan diri dalam sesuatu aktiviti.
  • Tegas dan efektif dalam pengurusan kumpulan dan sentiasa berusaha membentuk kumpulan yang terbaik untuk bersaing dengan kumpulan lain.

Pelan Tindakan

Matlamat : Mengenalpasti masalah dan kelemahan yang ada dalam diri serta menerapkan sifat jatidiri sebagai seorang guru di dalam diri.

Matlamat :

  • Dapat melaksanakan tugas dengan baik dalam sesuatu organisasi.
  • Dapat memimpin diri sendiri menjadi seorang yang berdisiplin dan menepati masa.
  • Meningkatkan keyakinan di dalam diri
  • Mengatasi masalah dengan berkesan dan memperbaiki kelemahan diri.

Langkah-langkah:

  • Merancang setiap aktiviti serta tugasan yang diterima dan menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam jangkamasa yang diberikan.
  • Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang tanggungjawab yang dimiliki dan menjadikan sesuatu tugasan sebagai amanah yang harus dilaksanakan.
  • Memupuk sikap percayakan diri dan orang lain serta sentiasa berfikiran positif.
  • Melakukan refleksi kendiri serta melalui pendapat dan pandangan orang lain. Mengubah dan memperbaiki setiap kekurangan yang dikenalpasti.

Pengambilan data: Komen dari fasilitate melalui refleksi dan pandangan rakan-rakan.

Memantau pelaksanaan perancangan:

  • Refleksi
  • Bertanya pendapat rakan-rakan tentang perubahan diri

Menilai pencapaian sama ada menepati objektif atau tidak:

  • Mengenalpasti perubahan dalam diri dan hasilnya serta sikap menepati masa.
  • Meneliti kekemasan kerja dalam kepimpinan serta pelaksanaan tugas sama ada teratur dan berkesan.
  • Menilai hasil sesuatu tugasan.

Sunday, 3 May 2009

Contoh Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Contohnya guru membuat kajian mengenai " Masalah Disiplin Pelajar Di Sekolah”. Guru merancang terlebih dahulu dengan masalah-masalah disiplin yang kerap dilakukan oleh pelajar dan menyenaraikan peraturan-peraturan sekolah yang perlu dilaksanakan. Kemudian guru perlu bertindak dengan melaksanakan semua peraturan kepada pelajar dan guru membuat pemerhatian daripada apa yang telah dikaji itu iaitu bagaimana tindakbalas yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut. Setelah selesai hasil daripada pemerhatian yang dibuat daripada analisis dan data yang diperolehi, guru membuat refleksi hasil daripada dapatan yang telah dibuat untuk mengetahui keberkesanannya. Sekiranya tidak dapat memberi refleksi yang baik, bentuk kajian diulang-ulang sehingga dapat menghasilkan kesan kajian yang mantap dan berkesan.

Jenis-jenis Kajian Tindakan

Kajian tindakan ini dapatlah di bahagikan kepada 4 jenis iaitu :

1. Kajian guru secara individu
Kajian tindakan jenis ini hanya menumpukan kepada isu-isu di dalam kelas sahaja. Ini termasuk susun atur kelas, penglibatan pelajar di dalam kelas dan penggunaan alat bantu mengajar.

2. Kajian secara kolaboratif
Kajian jenis ini pulan memfokuskan kepada isu-isu dalam beberapa kelas yang menghadapi masalah dan situasi yang sama.

3. Kajian dalam sekolah
Kajian jenis ini agak luas sedikit kerana merangkumi isu-isu luar bilik darjah iaitu melibatkan isu-isu yang berlaku di sekolah.

4. Kajian dalam daerah
Kajian ini melibatkan isu-isu seperti pencapaian akademik sekolah dan pengurusan organisasi beberapa buah sekolah yang berada dalam satu daerah. Kajian ini lebih kompleks berbanding ketiga-tiga kajian di atas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...