Masalah : Kurang pengalaman dalam pengurusan kepimpinan dan kurang keyakinan diri.
Penambahbaikan :
- Berusaha untuk menambah pengalaman dalam pengurusan kepimpinan dan melihat kepada cara pengurusan yang cemerlang.
- Meningkatkan keyakinan diri dari masa ke semasa dan menonjolkan diri dalam sesuatu aktiviti.
- Tegas dan efektif dalam pengurusan kumpulan dan sentiasa berusaha membentuk kumpulan yang terbaik untuk bersaing dengan kumpulan lain.
Pelan Tindakan
Matlamat : Mengenalpasti masalah dan kelemahan yang ada dalam diri serta menerapkan sifat jatidiri sebagai seorang guru di dalam diri.
Matlamat :
- Dapat melaksanakan tugas dengan baik dalam sesuatu organisasi.
- Dapat memimpin diri sendiri menjadi seorang yang berdisiplin dan menepati masa.
- Meningkatkan keyakinan di dalam diri
- Mengatasi masalah dengan berkesan dan memperbaiki kelemahan diri.
Langkah-langkah:
- Merancang setiap aktiviti serta tugasan yang diterima dan menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam jangkamasa yang diberikan.
- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang tanggungjawab yang dimiliki dan menjadikan sesuatu tugasan sebagai amanah yang harus dilaksanakan.
- Memupuk sikap percayakan diri dan orang lain serta sentiasa berfikiran positif.
- Melakukan refleksi kendiri serta melalui pendapat dan pandangan orang lain. Mengubah dan memperbaiki setiap kekurangan yang dikenalpasti.
Pengambilan data: Komen dari fasilitate melalui refleksi dan pandangan rakan-rakan.
Memantau pelaksanaan perancangan:
- Refleksi
- Bertanya pendapat rakan-rakan tentang perubahan diri
Menilai pencapaian sama ada menepati objektif atau tidak:
- Mengenalpasti perubahan dalam diri dan hasilnya serta sikap menepati masa.
- Meneliti kekemasan kerja dalam kepimpinan serta pelaksanaan tugas sama ada teratur dan berkesan.
- Menilai hasil sesuatu tugasan.
No comments:
Post a Comment