- Sorotan ke atas bahan-bahan literature seperti buku jurnal, artikel seminar dan laporan dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan.
Tujuan Kajian Kepustakaan
Tujuan kajian kepustakaan dilakukan adalah:
- Mencari informasi atau maklumat yang relevan dan bersesuaian dengan permasalahan yang diteliti
- Mendapatkan maklumat tentang mana-mana aspek dari suatu masalah yang pernah diteliti untuk menghindari peneliti agar tidak melakukan kesilapan sama berulang kali yang mungkin telah dilakukan oleh peneliti lepas (Kasihani Kasbalah dan Bintarto, 1992)
- Menemukan suatu masalah untuk diteliti. Dimana kemungkinan terdapat sebarang permasalahan yang masih belum terjawab atau masih belum ada penelitian yang mendalam oleh peneliti sebelumnya.
- Membuat huraian empirik dan teoritik yang berkaitan dengan faktor, parameter, indikator atau variable tentang pemerhatian yang mungkin timbul daripada masalah-masalah yang ingin diteliti.
- Mengkaji beberapa teori dasar yang relevan dan berkaitan dengan masalah yang akan diteliti.
Contoh Sumber Kepustakaan:
- Tesis, artikel, catatan yang merupakan karya penulisan yang berkaitan dengan suatu penelitian atau penemuan baru.
- Majalah, jurnal, suratkhabar yang memuatkan maklumat yang berkaitan dan relevan dengan penelitian.
Membanding dan Membezakan
Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti sifat, ciri, kualiti, dan unsur sesuatu objek atau peristiwa
Kemahiran ini digunakan apabila :
- Terdapat dua atau lebih ciri/kemungkinan
- Membuat pilihan atau keputusan
Langkah Penggunaan:
- Perhatikan atau berikan tumpuan kepada satu atau beberapa cirri kajian tindakan (sampel, seting, prosedur, pengumpulan dan penganalisaan data)
- Kenal pasti cirri kajian tindakan itu.
- Tentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama
- Nyatakan ciri itu sama atau berbeza
Menganalisis
- Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat
- Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat
- Menganalisis ialah sesuatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir
Menilai
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi :
- Memilih sesuatu
- Menerima atau menolak sesuatu idea
Membuat Kesimpulan
- Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan merangkumi sesuatu, meramal atau menyokong pernyataan dan lain-lain.
Mensintesis
Menggabungkan idea, unsure, item, dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.
SELAMAT HARI GURU
ReplyDeleteSelamat ber-Kajian Tindakan
Selamat ber-Seminar
tulisan tak berapa nampak sbb background dy
ReplyDelete